Selasa, 28 Oktober 2008












Aktiviti gotong-royong Majlis Pemuafakatan Prasekolah






Aktiviti pengajaran dan pembelajaran




SEJARAH PRASEKOLAH AL - AINUN


SEJARAH PRASEKOLAH

Prasekolah SK Datuk Ismail Saadon, telah memulakan operasinya secara rasmi pada 01 Januari 2003 dan sesi persekolahan bermula 06 Januari 2003. Kelas ini mempunyai murid seramai 25 orang , seorang guru dan seorang pembimbing kanak-kanak.
Pembinaan kelas prasekolah ini telah dimulakan padaawal bulan April dan siap sepenuhnya pada bulan November 2002. Bangunan ini pada asalnya adalah sebuah asrama dan telah diubahsuai.
Kos pembinaan dan pengubahsuaian prasekolah ini menelan belanja sebanyak RM 32 ribu. Pengubahsuaian bangunan asrama ini telah dibahagikan kepada 4 bahagian. Satu bahagian dijadikan kelas yang berukuran 24' X 30', bahagian kedua ialah dapur dengan keluasan 10' X 12', bahagian ketiga pula ialah sebuah bilik makan dengan keluasan 24' X 28' dan bahagian keempat ialah 2 unit tandas.
Sebuah taman permainan juga dibina bagi kemudahan kanak-kanak bermain. Di dalam kawasan taman ini terdapat:
· 1 unit buaian
· 1 unit papan gelongsor
· 1 unit jongkang-jongkit
· 1 pondok Aminah
· 1 unit monkey bar
· 1 unit papan imbangan
· 2 unit kolam ( bermain air dan pasir)



KONSEP PRASEKOLAH

· Memberi pendidikan, layanan, asuhan dan bimbingan kepada kanak-kanak yang berumur lima hingga enam tahun.
· Pendidikan prasekolah adalah pendidikan awal yang diberi kepada kanak-kanak untuk kesediaan mereka sebelum memasuki alam persekolahn yang lebih formal.
· Aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang dengan teliti bersesuaian dengan kebolehan, kemampuan dan minat kanak-kanak.
· Latar belakang kanak-kanak juga harus diambilkira sebagai asas pembelajaran dan pengajaran.
· Bermain sambil belajar adalah kunci pembelajaran dan pengajaran

SELAMAT DATANG